
bismillahirahmanirrahim.....
alhamdulillah demi allah dan untuk allah setiap takdir yang ditetapkan adalah sebuah anugerah. bagi mereka yang berfikir pasti akan merasainya...........
anugerah yang seiring dugaan....itulah yang amat bermakna..
setiap musibah JANGAN SESEKALI MENYALAHKAN KEADAAN DAN SESIAPA!!
begitu jugalah..bahawa iman, amal dan hidayah adalah sebuah pencarian dan bukan diwarisi.. sebagai manusia..kita perlu mencari hidayah allah..
seperti kisah nabi musa a.s yang ingin mencari siapa allah..baginda berusaha selagi boleh untuk melihat allah sehingga baginda pergi ke bukit lalu melihat cahaya dan terus rebah...selepas itu baginda terus bertambah kuat imannya..
allah jadikan hambanya untuk menjadi khalifah..allah telah tetapkan kita untuk berdakwah..sama ada berjaya atau tidak dakwah itu, semuanya hak allah. sesekali tidak allah menghukum jika dakwah kita tidak berjaya. namun jika kita berusaha, tawakal berserah padaNYA..insyaallah hikmahnya menanti..
saksikanlah kisah nabi yunus a.s.... baginda nabi diperintahkan berdakwah kepada kaumnya, sampai satu tahap nabi yunus tidak mampu lagi untuk menyampaikan dakwahnya sehingga nabi begitu marah lalu melarikan diri keluar dari daerah kehidupan bersama kaumnya. nabi berlayar bersama bahtera dengan pengikut-pengikut yang beriman. kerana rasa marah, nabi yunus lupa akan dakwah itu adalah suruhan allah, bahtera yang dinaiki nabi dilambung ombak, kemudian nabi dipilih untuk terjun ke lautan dalam......sampailah allah memberi arahan kepada ikan nun untuk menelan nabi..................................
nabi tersangat menyesal dan kerana itu nabi terus memohon ampun, bertaubat kepada allah.. selama 40 hari 40 malam nabi di dalam ikan nun, dengan keadaan lemah dan hiba, tanpa seulas makanan, sedikit pun nabi tidak berhenti menangis dan bermunajat pada allah.. nabi sudah menyesal atas perbuatannya meninggalkan kaumnya dan berputus asa atas dakwahnya itu.
sehingga turunlah wahyu yang menyatakan bahawa allah tidak akan ampunkan dosa nabi yunus sehingga khiamat namun disebabkan kekuatan tasbih nabi kepada allah, allah mengampunkan nabi... benarlah allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani.......setelah itu nabi dikeluarkan dari perut ikan nun... keluarlah nabi yunus kembali kepada kaumnya.....itulah kisah seorang nabi juga seorang manusia yang melakukan kesalahan..
begitulah hidup ini, kejayaan dan kegagalan dalam hidup hanya satu perantaraan. kita sebagai hamba hanya boleh berusaha.. hasilnya hanya ketentuan allah.. siapalah kita yang menentukan setiap yang terjadi...hak allah tetap miliknya...
p/s : terima kasih kpd REAL MIND SDN BHD yang telah berjaya dalam melaksanakan program bersama staf baru MAIWP di KURSUS INDUKSI SIRI 1/2011 di janda baik, pahang pada 25-27feb yg lepas... terima kasih juga tak terhingga kerana banyak memberi sumbangan nasihat, motivasi dan semangat dalam hidupku.......
0 comments:
Post a Comment