Blog

seutas kalam

selamat datang ke blog daiayaya!!
anda adalah orang yang paling bertuah melayari blog ini.
jom gegarkan blog ini..jom!!!

khazanah

Loading...

My Blog List

  • Jangan Tunggu Sampai Anda Dah Takde Masa Baru Nak Terhegeh-hegeh Cari Masa - salam aleik terime kasih kepada sume pengikut dan follower blog ini kerana terus setia memfolow kisah idup aku yang ntahape2 nih. apepun aku ucapkan tahnia...
    1 day ago
  • ApaLaH Nak JaDi Nih.... - (ANTARA aksi yang dilakukan sekumpulan pelajar yang menghina cara orang Islam menunaikan solat di dalam sebuah gereja di Betong). KUCHING: Sekumpulan pela...
    2 days ago
  • Mudah-mudahan tetap menjadi pemuda yg istiqomah dengan keimanan.. - Rupe2nya sudah hampir sebulan ana menjadi seorang pemustautin yg mengembara di bumi syam penuh barakah…bukan senangle nak jadi student yg ingin berjaya ...
    2 days ago
  • crite cinta ku biasa sahaja - Atas permintaan en.hakim hasni. Aku tergerak mencoret sedikit rasa. Luarannya, aku dan dia sangat berbeza. Persamaan kami terletak pada komitmen bisnes yg ka...
    1 week ago
  • SUAMI SOLEH - Hak-Hak Isteri Dari Suaminya Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasulnya dan dapat pula membimbing isterinya. Suam...
    3 weeks ago
  • ahlan wasahlan - salam satu jordan semalam bersempena program Mingguan Haluan Siswa terdapat slot disediakan bersama BKAN. alhamdulillah, saya dan semua MT dari Irbid semp...
    4 weeks ago
  • ZAKAT EMAS DAN PERAK - "Kan tadi ibu dah bagi sedekah kat pak cik tu, kenapa nak bagi lagi?"...tanya seorang anak kecil kepada ibunya. Sedekah yang dimaksudkan adalah Zakat fitra...
    5 weeks ago
  • Sejauh Mana Peranan..... - BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI Tanggal 31hb 8 menyaksikan pelbgai rencam mesyuarat agung tahunan badan kebajikan anak negeri dijalankan di sekitar universiti-...
    3 months ago
  • kata-kata - # HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pert...
    3 months ago
  • ana di KOSMO - MOHD. SYAFIQ MURAT (Pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Universiti Mu'tah, Jordan) [image: mohdsyafiqmuratpelajarijazahsarjanamudab...
    5 months ago
  • SUDAH BERPINDAH - SAYA SUDAH BERPINDAH DI www.lutfihafifi.com TERIMA KASIH. HARAP MAKLUM Type your summary here
    8 months ago

tafsir al-quran

Followers

kalendar hijrah

waktu jordan

ilmu bahasa

mufrodat

buzz

celoteh yaya


ShoutMix chat widget

singgah sebentar

Currency Converter

There was an error in this gadget

Berita Utama™

hanya taipkan artis kegemaran anda

nasyid pilihan

wazup2x

habiskan masa yang ada

Wednesday, October 28, 2009 - - 0 Comments

amboi,habiskan masa yang ada??macam mana tu??hihi..habiskan masa yang ada bersama bayt nailofar hihi ahli rumahku di jordan..semalam 28 oktober 2009 saya sudah pun digelar anak seni cewah...huhu saya semakin dewasalah.alhamdulillah syukur masih dapat meniti hari-hari dengan nikmat dan anugerah Allah yang cukup mengamit hati.segalanya telah tersurat.

apabila fikir usia semakin dewasa pasti banyak tanggungjawab dan pengorbanan yang perlu dipikul,dijinjing,dipukat,digondol dan mungkin juga diselit di tepi-tepi bahu ku ni. saya ingin sangat sampai satu tahap saya menerima satu cabaran yang rasa macam dah nak putus asa tu saya mampu hadapinya kemudian saya rasa satu kelegaan bila saya dah hadapinya..cey,apa yang merepek ni kan hihi..tak adalah saya sebenarnya memang suka cabaran,cabaran yang boleh merasakan saya kagum dengan diri saya sendiri..contohnya menjadi terkenal & termasyur di seluruh dunia yang dapat mengegar dunia..sayalah anak melayu pertama yang membawa tuah untuk negara..lalala..cita-cita yang menggunung tinggi harapan tersemat di sanubari!!

ini sekadar semangat untuk saya insan selemah goyangan kaki.semoga doa keluarga, teman-teman dan semua menjadi kenyataan dan dorongan untuk saya teruskan hidup..

p/s: terima kasih buat semua ahli rumah nailofar (cheng,bby,um,cha2x), aki,ina,ika,siti,k.tiny,afifah syg yang menjayakan program bersemi semalam 28 oktober 2009 adalah sejarah manis untuk ku..juga tidak lupa happy birthday buat zaharatul umrah juga!!kepada semua yang memberi ucapan cukup berharga syukran sangat..sayang anda semua!

serba boleh

Monday, October 26, 2009 - - 0 Comments

seketika termenung memikirkan masalah yang belum selesai sampai hari ini,lamunan saya terhenti bila mengingatkan pengalaman yang paling menyeronokan sehingga kini rasa gembira,gelak-ketawa,riang-riang masih mekar di lubuk hati..hihi...

apa dia tu???hihihi....satu pengalaman dan kenangan yang sangat-sangat istimewa iaitu naik banana boat!!! mula-mula tu niat nak naik glass boat je di aqabah, lepas tu tiba-tiba ternampak orang naik banana boat tu,rasa meluap-luap perasaan ni nak cuba naik,maklumlah bila lagi....
kat malaysia memang susah lah nak naik gaya-gaya kami ni kan semuanya pakaian ustazah cewah..tapi tak nak fikir apa-apa janji dapat rasa aktiviti yang paling mencabar ni..

mula sahaja naik banana boat tu hati ini dah berdebar-debar tak henti-henti doa ni..huhu..tak sampai beberapa minit naik,elok je boat tu belok kami semua pakat jatuh di tengah-tengah laut tu,bayangkanlah rasa macam kena langgar je waktu tu,dahlah kaki tak capai ke dasar..ingat dah lemas dah padahal kami pakai je pakaian keselamatan huhu saja je buat suspen...

megah tu tak serik sekali, kami naik lagi sekali,kali ini kami berjaya kawal keadaan tak jatuh macam tadi sekejap je dah jatuh dalam air..tapi pak arab ni dia bawa laju pula kali ni..habis kami jatuh melambung-lambung semua berpecah-pecah ntah ke mana-mana...hihihi memang best!!!

raya sakan!

Wednesday, September 23, 2009 - - 1 Comments

wah seronoknye raya kali ini..jalan makan rumah ke rumah sakan sekali.bukan main tak kira siang sampai tengah malam pun masih ada yang beraya!meriah mutah kali ini dengan kedatangan pelajar baru pakat beraya dengan generasi barulah ni,sambil tu boleh berkenalan sembang panjang dibuatnya,maklumlah mereka yang datang ni ramah belaka....
juadah raya pun boleh tahan sedap sangat..ada macam2x sama cam
malaysia pula,lepas juga rindu kat malaysia..
baju raya pula erm..jangan cakap beraneka warna...alhamdulillah saya sempat beli baju raya hihi jenuh kena tunggu tukang jahit tu siapkan baju raya saya tu,tak kisahlah simple apa ke janji saya boleh pakai meraikan hari raya sebagai kemenangan umat islam satu dunia setelah sebulan berpuasa,syukur dapat juga berhari raya dengan baik.tambahan pula orang tersayang ada di sisi.


mungkin hari raya kali ini terakhir buat saya,jadi saya harap kali ini banyak mengukir kenangan bersama teman2x di perantauan. sebenarnya tak sabar nak balik malaysia ni..rindu nak raya malaysia pula huhuhu......semoga hari raya kita ini mendapat rahmat dan kasih sayang allah taala.
kesempatan yang ada ni saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada kedua ibu bapa saya yang berada di jelapang ipoh,mohd yusoff&rahinah,adik-beradik tersayang(chor,ada,dillah,asri,nial,adik,k.long&huwaida),seluruh keluarga di perak,kuala lumpur,selangor dan semua negeri2x di malaysia.salam kasih aidilfitri semua guru2x sekolah di perak,pensyarah udm terengganu....tidak lupa ucapan khas aidilfitri untuk akh ahmad yahaya&noryati rejab...serta seluruh warga malaysia!!!!

meredah segala dugaan

Tuesday, September 22, 2009 - - 0 Comments

s

kali ini ingin saya singkap satu pengalaman yang membawa seribu satu kenangan manis dan indah iaitu pengalaman jelajah ke mesir!!

perjalanan kami menaiki kapal cukup mencabar terpaksa menunggu lama,awal perjalanan lagi dari mutah ke aqabah kami hampir menunggu hampir 5jam..aduhai memang kena sabar tambahan pula bulan puasa..sampai di aqabah kena tunggu nak naik kapal waktu malam pula....kami ni asyk menunggu je huhu...tengah malam baru kami boleh naik kapal tu pun alhmdulillah pihak sana dahulukan kami naik ke kapal.naik atas kapal kami semua lega,dapat pula tempat yang selesa.memang rasa nak meloncat je waktu megah je semua..



setelah hampir 3jam kami sampai di pelabuhan nuwaibak,mesir....dari nuwaibak nk ke kaherah kami menunggu bas nk jalan kat situ pn dah ambil beberapa jam huhu...itula nk adventure sangat kenala terima hihihi...nuwaibak ke kaherah pun dah ambil masa hampir 7jam..kami asyik bangun tidur je dalam bas tu tak sampai2x walaupun perjalanan membosankan tapi kami tetap gembira sebab rancangan kami nak ke mesir telah mencapai misi :)

alhmdulillah sampai di kaherah.............
kami tinggal di rumah anak-anak negeri...seronoknya dapat jumpa kawan-kawan lama.lepas juga rindu kat dorang ni.bukan senang nak jumpa.

banyak juga tempat yang sempat saya lawati..mesir cukup berbeza dengan jordan...mesir penghuninya terlalu ramai melimpah ruah manusia sana sini.pergi mana-mana penuh dan sesak,kena banyak sabar dan tabah.di jordan lain nak kata sesak masih boleh main-main lintas jalan,mesir...janganlah silap sikit boleh kena langgar.



sistem belajar pun jauh berbeza...patutlah mereka yang belajar mesir semua hebat2x,cara belajar mereka cukup lain kami di jordan,belajar jordan hampir sama dengan malaysia. mesir...mereka ada sistem tersendiri zaman-berzaman masih mengekalkan tradisi al-azhar.cuma yuran pembelajaran mereka sangat murah berbanding kami di sini....apa-apa pun teruskan usaha semua kawan-kawan ku di mesir!!

hampir 3minggu juga saya di mesir...bumi yang indah,subur dengan tanaman..bumi para nabi..bila mengenang kembali kisah nabi-nabi yang pernah mencipta sejarah di bumi yang bertuah ni saya rasa cukup terharu sangat dah sampai pun di mesir!!

layanan mereka semuanya baik walaupun ada satu trip tu saya rasa kurang gembira bila pergi bersama mereka yang dah kahwin huhu maklumlah semua dengan pasangan masing2x padahal mereka tu kawan2x sekolah saya dulu tanya khabar pun tidak tapi saya faham jela mungkin budaya orang dah kahwin kat sana kot tak boleh nak tegur kawan2x lama hihi..janji saya dapat jalan-jalan pun dah kira beruntung,nanti saya kahwin harap saya tak macam tulah ye :)

terima kasih buat semua yang banyak membantu sepanjang percutian saya ke mesir tak kira secara langsung atau tidak.....akh ahmad,k.amza&ahli rumah,k.aini abdullah,k.hayati azman,atiqah yaziz,nona....sayang korang semua!!!!moga jumpa lagi...